SAINS ( Tingkatan 2) :
Makanan dan Amalan Pemakanan Yang Sihat
MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT
OLEH:
MUHAMMAD ALIF FARHAN BIN MOHD YUSOF
2 MAKMUR
SMK AMINUDDIN BAKI CHEMOR
Amalan pemakanan sihat bermaksud amalan yang boleh menjaga kesihatan. Dengan adanya amalan pemakanan yang sihat, kita akan terhindar dari sebarang penyakit yang merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya. Amalan pemakanan yang sihat boleh dirancang dengan menggunakan piramid makanan yang juga digunakan dalam penyediaan makanan sihat.
Terdapat banyak kepentingan apabila kita makan makanan yang berkhasiat. Antara kepentingannya ialah membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia bermaksud kanak-kanak dapat membesar dengan normal. Selain itu,kepentingan makan makanan yang berkhasiat dapat membolehkan manusia bekerja secara produktif dan selesa. Manusia memerlukan tenaga yang banyak dalam kehidupan seharian terutamanya orang yang bekerja sebagai buruh binaan dan petani-petani. Oleh itu, dengan mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, mereka dapat bekerja secara produktif. Di samping itu, dengan memakan makanan yang berkhasiat kita dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan osteoporosis(reput tulang).
Kita juga dapat mempraktikkan amalan pemakanan yang betul berpandukan piramid makan untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat. Pengambilan makanan yang berlebihan bagi setiap kumpulan makanan dalam pyramid makanan atau makanan tidak seimbang bukan sahaja boleh menyebabkan penambahan berat badan, malah merupakan salah satu tanda awal ransangan terhadap setiap penyakit yang bakal kita hadapi. Kita memerlukan jadual atau carta di dalam memilih setiap makanan yang berkhasiat bagi mengekal kesihatan badan kita dan juga mengelak dari sebarang penyakit. Sekiranya kita tersilap memilih makanan untuk di makan setiap hari ia boleh mengundangkan penyakit pada badan kita. Selain daripada itu adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai kalori makanan yang kita makan seharian. Sebagai contohnya, untuk sarapan pagi kita boleh mengambil secawan susu, roti dan jem dan untuk makan tengahari pula, kita boleh mengambil sepinggan nasi putih, semangkuk sup sayur, seekor ikan goreng dan jus buah-buahan. Untuk makan malam pula,kita boleh mengambil sepinggan nasi putih,kari ayam, sayur-sayuran dan segelas air kosong.
Di samping itu, kita juga haruslah mewajarkan pengagihan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Mereka ini kurang mendapat khasiat zat makanan kerana mereka tidak dapat makan makanan yang berkhasiat. Oleh itu, kita sebagai orang yang berkemampuan mesti menolong orang yang sebegini supaya mereka juga dapat mendapat khasiat makanan seperti kita.
Akhir sekali, mengaitkan adat makanan diantara sesama kaum dan agama sebagai contohnya agama Islam mengharamkan umatnya meminum arak dan memakan makan yang tidak halal seperti daging khinzir. Makanan yang halal tidak sahaja bermaksud daging yang halal dimakan malahan ia merangkumi aspek penyembelihan, keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut. Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut. Bagi penganut yang beragama Hindu pula,mereka tidak makan daging lembu. Oleh itu,kita menghormati sensitiviti dan adat masyarakat.
Kesimpulannya, makan dan amalan pemakanan sihat sangat penting untuk kehidupan manusia sama ada kanak-kanak atau pun orang dewasa. Kita perlulah makan makanan yang berkhasiat untuk memberi tenaga kepada kita dalam melakukan aktiviti seharian. Makanan yang berkhasiat dapat juga membantu kita menjaga kesihatan dan tumbesaran kita dan ia juga dapat terhindar dari sebarang penyakit. Kita perlulah berhati-hati di dalam memilih makanan untuk dimakan setiap hari, janganlah kita memilih makanan untuk dimakan hanya berpandukan pada gerakhati kita kerana nafsu makan kita hanya akan memilih makanan yang sedap-sedap tanpa memikirkan kesan disebalik kesedapan setiap makanan yang kita makan. Secara tidak langsung ia akan mengundang penyakit pada badan kita serta menjejaskan kesihatan kita.
Semoga karangan yang saya buat ini dapat membantu anda semua